Thursday, January 6, 2011

Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman


Pengertian Iman

iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

- Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
- membentuk keperibadian Muslim sejati

- berani tegakkan kebenaran
- sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan

- pencetus semangat jihad



Perkara Yang Membatalkan Iman

- syirik

- kufur

- riddah

- khurafat

- sihir

- nifak



Syirik

- syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya

- syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah

bahagian syirik

- syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya

- syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur



Kufur

- kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

- orang yang melakukannya adalah kafir

- Bahagian Kufur

- kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa

- kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya

Faktor2 Kufur

- pegangan agama lemah

- terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan

- terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama

- kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup



Riddah

- riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad

- Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:

- iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam

- perkataan: mengisytihar keluar Islam

- perbuatan: menganut agama selain Islam

Faktor Riddah:

- lemah pegangan agama

- jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam

- terpengaruh dengan tawaran kebendaan

- tidak bimbingan memahami Islam

- Kesan Riddah

- perkahwinan terbatal

- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam

- hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam

- menjadi penghuni neraka selama-lamanya

- Cara Menangani Orang Murtad

- memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam

- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

- melaksanakan hukum hudud (bunuh)

- Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad

- memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan

- menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah

- menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya



Khurafat

- khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam

Contoh Perbuatan Khurafat
- mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya

- membuang anjak bagi menghalau hantu

- mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial

- mempercayai kubur yang dianggap keramat

Faktor Khurafat Masih Berterusan

- iman kurang matap terhadap Allah

- terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat

- ambil langkah mudah cepat kaya

- wujud tempat pemujaan khurafat

Cara Mengatasi Khurafat

- menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu

- mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat

- memberi kesedaran tentang keburukan khurafat

- mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat

Kesan Buruk Khurafat

- menyebabkan syirik dan terbatal iman

- membazir masa, tenaga, harta

- masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia

- menyekat akal berfikir logik dan sistematik


Sihir

- sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan

- sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia

Akibat Sihir

- merosakkan akidah dan membatalkan iman

- memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah

- pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim

- membazir wang, masa, tenaga



Nifak

- nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

= orang yang melakukannya digelar munafik

- Ciri-Ciri Munafik

= bercakap bohong

= khianat apabila diberi amanah

= mungkir janji

= melampaui batas apabila bertengkar

Akibat Buruk Munafik

- menghilangkan sikap percaya-mempercayai

- melemahkan perpaduan masyarakat

- menghancurkan kekuatan umat Islam

- menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam

( Disediakan oleh AZIZ )

No comments:

Post a Comment